MENU UTAMA

 PENGENALAN KRS
Sejarah KRS
Tujuan Penubuhan
Pengertian Logo
Bendera KRS
Cogan Kata KRS
Kurikulum KRS

 
KRS SHAMS
Secara AM
Guru-guru KRS
KRS Putera
KRS Puteri

 
AKTIVIT KRS SHAMS
PelanTahun 99
Aktiviti Tahunan

 
ALBUM KRS SHAMS
Muka Satu
Muka Dua

 LAIN-LAIN
Forum KRS SHAMS
Webmasters

 
LINKS
Laman SHAMS
BPS SHAMS




KURIKULUM KRS ( SECARA RINGKAS )

MATLAMAT UTAMA
Melahirkankan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

Kurikulum KRS adalah dibentuk berdasarkan 5 bidang aktiviti yang utama :

2. Ketahanan Diri dan Kebudayaan
3. Khidmat Masyarakat ( KHIDMAS )
4. Alam Sekitar
5. Keusahawanan


DISIPLIN DAN KEROHANIAN
Matlamat :

Melahirkan generasi pelajar yang cintakan agama Islam, negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan.


Objektif

  Melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
  Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saring dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
  Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
Matlamat :
Melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyai daya tahan, berpotensi dan berketrampilan, malah mampu menghindarkan diri dari gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya timur dan Islam sebagai tatacara hidup.

Objektif

  Melahirkan insan yang sihat mental dan fizikal.
  Memupuk bakat serta menggalakkan potensi yang sedia dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikan masalah secara bijaksana.

KHIDMAT MASYARAKAT ( KHIDMAS )
Matlamat :
Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlimba-lumba melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik.

Objektif

  Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
  Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara pelbagai lapisan masyarakat.
  Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian.

ALAM SEKITAR
Matlamat :
Membina dan melahirkan generasi pelajar yangmencintai dan menghayati alam sekitar sehingga mampu menjadikan alam sekitar sebagai suatu khazanah yang perlu dipelihara dan dikekalkan keasliannya untuk kepentingan bersama.

Objektif

  Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar.
  Memupuk sikap prihatin insan terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan manusia serta memahami rantai hidup antara alam sekitar dengan manusia.
  Melahirkan insan yang bertanggungjawab dengan memberi sumbangan ke arah memelihara alam sekitar sebagai khazanah Tuhan kepada manusia.

KEUSAHAWANAN
Matlamat :
Memupuk minat di kalangan pelajar agar dapat mengembangkan kreativiti masing² dan sikap berjimat cermat serta membenci amalan membazir, di samping membina asas kemahiran pemasaran perniagaan sehingga menjadikan keusahawanan budaya hidup.

Objektif

  Membina kemahiran reka cipta di kalangan generasi pelajar dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu, logam, dan jerami sehingga menghasilkan bahan kraf tangan, tulisan khat dan lain².
  Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran dan perakaunan agar dapat memasarkan reka cipta yang telah dihasilkan.
  Melahirkan generasi muda yang berwawasan sehingga dapat menjadikan bidang keusahawanan sebagi satu cara hidup.
Renungan :

Daripada Abu Hurairah r.a. : Rasulullah S.A.W. bersabda

" Seseorang yang mengambil seberkas kayu api di atas belakangnya untuk dijual, Allah melindungi maruahnya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada mereka memberinya atau tidak"

Hadis Riwayat
Al-Bukhari