MENU UTAMA

 PENGENALAN KRS
Sejarah KRS
Tujuan Penubuhan
Pengertian Logo
Bendera KRS
Cogan Kata KRS
Kurikulum KRS

 
KRS SHAMS
Secara AM
Guru-guru KRS
KRS Putera
KRS Puteri

 
AKTIVIT KRS SHAMS
PelanTahun 99
Aktiviti Tahunan

 
ALBUM KRS SHAMS
Muka Satu
Muka Dua

 LAIN-LAIN
Forum KRS SHAMS
Webmasters

 
LINKS
Laman SHAMS
BPS SHAMS




SEJARAH KRS


Pasukan Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhan KRS telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Najib b. Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada 20 Jun 1995 di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru thlah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri.

Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang menganggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.


Renungan:

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Kamu bukanlah orang yang terbaik jika kamu mengambil dunia dan meninggalkan akhirat atau mengambil akhirat dan meninggalkan dunia. Yang paling baik ialah kamu mengambil kedua-duanya sekali. Sesungguhnya dunia ialah jambatan akhirat dan janganlah kamu menjadi beban di kalangan manusia.
"

Hadis Riwayat
Al-Bukhari